25 October 2011

.:: EMOSI menjadi pilihan ::.


  
Allah.. Allah.. Allah..

Sukarnya untuk mendidik anak-anak seagama. Kata orang tua-tua "Melahirkan mudah tetapi untuk mentarbiyah@mendidik agak sukar". Hanya sesetengah individu sahaja yang berani perjuangkannya? 
Lisan mengungkap mudah, Hati menunggu pasrah, Perbuatan membuatkan kita resah dan lelah. 
Tiada Fakta dan Formula statik yang dapat membuktikan sesuatu itu pasti akan berjaya dan berkesan, jika kita menggunakan cara yang sama seperti Ummi dan Abi kita dahulu. Ohh, sekarang sudah jauh bezanya!! 

Perubahan 100% akibat daripada kesan Media Massa, Media Elektronik, Laman-laman sosial, Persekitaran, Pendidikan, Perubahan zaman, Latar belakang keluarga dan Pengaruh rakan sebaya. Tiada siapa yang ingin melihat anak seagamanya dibiarkan dalam arus material, yang semuanya dilakukan berdasarkan pandangan penglihatan semata-mata tanpa akal dan Iman. 
Remaja kini, lebih menjadi pak turut kepada kemahuan perasaan Emosi dalam mencuba sesuatu perkara. Kita menyalahkan mereka kerana tiada pegangan Agama.
Kita menyalahkan mereka kerana tidak dengar cakap Ibu Bapa.
Kita menyalahkan mereka kerana melawan apa yang dikata.

Adakah ini semua salah mereka? Tidak dapat dinafikan ini adalah sesuatu yang mereka pilih tetapi kita kena kaji dan seligiki mengapa mereka jadi sedemikian rupa. Jika mereka sahaja yang dipersalahkan, bila mereka akan berubah!! 

Emosi mereka perlu dikawal

Mereka mencuba sesuatu bukan kerana tidak mempunyai pegangan agama tetapi mereka punya perasaan untuk mencuba dan mencuba.


Mencuba yang baru itu tidak salah tetapi perlu pada perkara yang mendapat kebaikan dan manfaat untuk diri dan persekitaran. Remaja hari ini gagal dalam mencuba terutama dalam membuat pilihan. Mereka mencuba dalam perkara yang boleh merosakkan mereka, menjerumuskan mereka ke lembah yang memudharatkan, serta menjadikan mereka kehilangan masa depan.  

Pilihan yang dilakukan berasaskan Emosi lebih menenatkan kerana semua yang dilakukan melalui peroses meniru. Jika orang boleh buat aku boleh buat. Jika orang boleh pakai aku boleh pakai. Semuanya kerana orang. Beza dengan orang yang punya agama dan akal, akan buat sesuatu berlandaskan agama. Jika agama benarkan maka baru boleh dilakukan. Ini yang sepatutnya!!

Mari kita bantu mereka kenalkan siapa diri mereka^__^..



Ilalliqa'
Ilahi Anta Maqsudi wa Redhaka Matlubi.

No comments:

Post a Comment